Syurga Neraka seseorang jelas bukan urusan kita sebagai manusia, tetapi bukankah Allah SWT dan Rasulullah saw telah menggambarkan ciri-ciri penghuni Syurga dan jua ciri-ciri penghuni Neraka, maka ada saatnya orang menasihati kita berpandukan dalil, bukan bermakna dia berniat nak kata kita ahli neraka, tetapi dia cuba fahamkan kita bahawa amalan yang kita buat itu menurut Ayat sekian, dan Hadith sekian, adalah perbuatan orang-orang yang melampaui batas dan dijanjikan Allah dosa yang besar buat mereka, malah jika tidak bertaubat sebelum ajal kunjung, maka harapan untuk di humban ke neraka jahanam amatlah besar, ini cerita dia, ngape bangang sangat sukar nak faham....
Tertegaknya Islam dengan dalil, tak kan kamu nak kata orang-orang yang menggunakan dalil Al-Quran dan Hadith sebagai rujukan perbuatan terkutuk kamu itu sebagai sesat dan membuat kenyataan semberono, akai mana akai....
Jika kita senang mendengar orang kata bahawasanya diri kita mempunyai ciri ahli syurga, maka kita jua harus berani mendengar bahawasanya diri kita mempunyai ciri ahli neraka, sebab selagi tiada yang menegur, maka sampai kesudahlah kita akan syok sendiri dengan kejahilan diri sendiri, bila dikatakan ciri tidak bermakna kita kata kamu ahli neraka, tapi tujuan kita nak kamu sedar dan cepat-cepat berubah ke arah lebih baik, biar cerdik sikit dalam memahami penyampaian, jangan hanya tahu rasa diri itu bagus, bodoh sombong ini adalah ciri orang yang sangat rugi, rugi di dunia dan rugi juga di akhirat....
Semoga ia bermanfaat buat diriku, diriku, diriku dan jua buat diri kalian semua....
-One Mysterious
14 J'Akhir 1440 / 19 February 2019
Pondok Usang Teratak Buruk
Tapah The Blues
#Faqir
#TitianPerjalanan
#KulluNafsinZaikatulMaut
No comments:
Post a Comment