Kementerian Pendidikan Malaysia harus lebih professional dalam menanggani isu permasalahan disiplin pelajar, jangan jadi terikut sangat kehendak segelintir ibu bapa dan para pelajar yang jelas tidak mempunyai adab dan disiplin yang baik....
Wajibkan setiap Guru untuk merotan dan menghukum pelajar yang jelas bermasalah, dan selagi anak-anak didik tidak luka, tidak patah, dan tidak cedera, maka adakan akta yang melarang campur tangan ibu bapa serta pihak luar....
Ibu bapa hari ini terlalu manjakan anak, sehingga anak-anak mereka terbawa-bawa sikap KURANG AJAR ke dalam sekolah, bagaimana boleh segelintir ibu bapa mengharapkan para guru untuk mendisiplinkan anak-anak jika ibu bapa sendiri gagal mendidik adab dan disiplin yang baik kepada anak-anak di rumah....
Jadi disini marilah kita sama-sama muhasabah diri, dan kita pandang kembali kepada satu sudut masa lalu, iaitu kita membesar dengan rotan dan pelbagai jenis hukuman di era persekolahan suatu masa dahulu, tetapi disaat itu ibu bapa kita apabila diberi tahu tentang kesalahan disiplin kita di sekolah, maka ibu bapa kita bukan memarahi guru, tetapi kita yang dimarahi oleh mereka, malah apabila pulang dari sekolah kita akam dibalun secukup rasa oleh ibu bapa kita, walaupun mungkin kita tidak menjadi sebaik manusia hari ini tetapi sekurangnya kita tahu membezakan mana satu kebaikan dan mana satu keburukan, mana yang dikata intan dan mana yang dikata kaca, semua itu atas berkat didikan guru....
Maka saya mohon kepada semua, berlapang dada lah kita dalam soal ini, berilah kuasa penuh kepada para guru di sekolah untuk mendidik dan mendisiplinkan para pelajar dengan cara mereka, selagi tindakan dan hukuman guru tidak keterlaluan serta tidak melanggar undang-undang negara. Jika kita sebagai ibu bapa asyik campur sahaja soal permasalahan anak di sekolah, maka percayalah suatu masa nanti kita jua akan menyesali atas tindakan kita hari ini. Rotan adalah ubat, ubat kesedaran, ubat kebodohan, ubat kebiadapan dan segala ubat bagi seorang pelajar....
Terimalah sedikit pendapat dan nasihat ini dengan hati yang terbuka, semoga bermanfaat untuk anda dan jua diri saya sendiri....
Sekian, Terima Kasih
Muhammad Shahzuan Al-Qausar
Khamis 02:43am
23 Syawal 1440AH / 27 June 2019M
No comments:
Post a Comment