Wahai thalib! Ketahuilah anda bahawa Haq yang ditunjuki oleh Allah Taala kepada kita adalah jalan yang betul ke arah-Nya. Sesungguhnya pangkat setiap jalan "Salik" kepada Haq Taala itu ada beberapa pangkat:
Pertama: dinamakan pangkat Salik
Kedua: dinamakan pangkat Sufi
Ketiga: dinamakan pangkat 'Arief
Keempat: dinamakan pangkat 'Asyiq
Kelima: dinamakan pangkat Muhaqqiq
Adapun pangkat Salik itu adalah untuk sesiapa yang sudah menusuk/menembusi jalan pada batin Ilahi....
Adapun pangkat Sufi itu adalah untuk sesiapa yang sudah tergilap dan suci bersih perkataannya, perbuatannya dan iktikadnya....
Adapun pangkat'Arief itu adalah untuk sesiapa yang sudah mengenali Zat Allah Taala, sifat-Nya dan 'Afa'al-Nya....
Adapun pangkat'Asyiq itu adalah untuk sesiapa yang sudah berasa berahi akan hakikat dirinya, yakni Qaiyum Haqiqat dirinya....
Adapun pangkat Muhaqqiq itu adalah untuk sesiapa yang sudah tahu akan hakikat Zat Allah Taala dan wujud-Nya, hakikat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan hakikat dirinya....
RISALAH A'YAN TSABITAH
AL MUKOROM SYEIKH SYAMSUDDIN IBNU ABI ABDULLAH AS-SUMATRA-I
Wafat: Pada malam Isnin, 12 Rejab 1039 Hijrah / 1630 Masihi
Legasi Genk Pondok Highway06
No comments:
Post a Comment