Nak tahu jahil atau tidak diri kita mudah sahaja, apabila kita sanggup mempertahankan sesuatu yang kita suka atau minat walaupun di dalam Al-Quran dan Hadith telah tertulis ia sesuatu yang batil mahupun haram, setidaknya telah disepakati Ulama atas Ijmak, atau pun permasalahan Kias tetap lebih berat kepada Batil, tidak percaya, cuba muhasabah diri kita....
Kita mengaku diri ini dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, di Malaysia ASWJ paling ramai, dan saya rasa semua sedia maklum bahawasanya ASWJ berpegang pada 4 perkara:
1- Al-Quran
2- Sunnah (Hadith)
3- Ijmak para Ulama
4- Kias
Tetapi sejauh mana kita merujuk pada Quran dan Hadith apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara, adakah kita telah mempertimbangkannya terlebih dahulu, adakah ia sesuatu yang halal, mahupun haram, mahupun harus, atau pun makruh, sungguh celaka diri ini apabila amalan seharian kita hanya berpandukan keseronokan dan hawa nafsu semata, Al-Quran dan Hadith pun kita langgar semacam, macam mana pula kita nak gunakan Ijmak dan Kias dalam permasalahan kehidupan seharian, saya rasa walaupun anda bukan dari ASWJ, tapi anda tetap wajib berpandukan Al-Quran dan Hadith jika anda seorang yang beragama Islam!
Selamat merenungkan, semoga kita memperolehi kefahaman, dan dapat memperbetulkannya kesilapan masa lalu, sementara nafas ini turun dan naik, maka pergunakanlah hayat yang ada dengan amalan yang diredhai serta diberkati Allah SWT. Sekian sahaja setakat ini, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh....
Penulis: Baba Wan a.k.a Tuan Muhammad Shahzuan
23:20, Jumaat,
12 Dzul-Hijrah 1439H / 24 August 2018M
#GerakKalimahFamilia
#OMG489 #LegasiTG13
#OneSmith #CintaHatiBeta
#SekaliUntukKalian #SeratusKaliUntukAku
No comments:
Post a Comment