Saturday, September 15, 2018

LESBIAN, GAY, BISEKSUAL, DAN TRANSGENDER (LGBT) - FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA LGBT & USAHA MENANGANI


FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA LGBT:

1. Kurang Penghayatan Agama

- Walaupun pendidikan agama telah diberikan sejak kecil namun pengamalan
 kehidupan beragama yang kurang oleh induvidu menyebabkan mereka
 cenderung ke arah gejala LGBT.... Golongan yang terlibat dengan gejala
 LGBT tidak ini tidak dapat membezakan antara perkara yang baik
 mahupun buruk atau perkara yang haram mahupun halal... Hal ini menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan ajakan rakan rakan dan faktor sekeliling  yang mendedahkan golongan ini kepada gejala LGBT....

2. Pengaruh Media Massa

- Media massa seperti internet merupakan medium yang memudahkan 
golongan LGBT mendapatkan maklumat tentang gejala tidak sihat mereka....
Kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter memudahkan lagi
golongan ini berkomunikasi dalam kelompok mereka....
Penularan gejala LGBT....
Ini juga diketahui oleh masyarakat umum melalui laman-laman web yang  kebanyakkannya diwujudkan oleh negara Barat yang meluluskan Undang-undang Perkahwinan Sejenis dan perlakuan sonsang....



USAHA MENANGANI GEJALA LGBT:

1. Peranan Kerajaan dengan Kerjasama Organisasi Agama

- Kerajaan dengan kerjasama organisasi agama perlu merangka strategik
 yang berkesan bagi memulihkan golongan LGBT.... Misalnya, menubuhkan
 sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab membawa golongan ini
 kembali ke pangkal jalan.... Khidmat nasihat dan kaunseling juga boleh
 diberikan kepada golongan ini yang hanyut dalam dunia LGBT agar
 mereka kembali insaf....l

2. Peranan Ibu Bapa

- Ibu bapa perlu mengawasi keadaan anak-anak mereka pada setiap masa. Perubahan fizikal dan emosi anak-anak juga perlu sentiasa di kawal agar kecenderungan mereka terhadap gejala LGBT ini dapat di bendung.... Ibu bapa boleh memantau anak-anak mereka dengan cara memeriksa kandungan telefon bimbi anak-anakt, berkenalan  dengan rakan-rakan mereka, dan memahami peribadi anak-anak mereka.... Tindakan  yang tegas wajar diambil oleh ibu bapa sekiranya anak-anak mereka terlibat  dalam gejala LGBT....

3. Kempen

- Kempen boleh di anjurkan dengan giat oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membendung dan membanteras gejala ini.... Kempen boleh diadakan menerusi media massa elektronik spt televisyen atau internet dan media massa bercetak seperti akhbar.... Iklan dan rencana tentang isu LGBT dan cara membasmi gejala LGBT seharusnya di paparkan untuk pengetahuan masyarakat umum....
Antara kempen yang sesuai diadakan di anjurkan untuk membasmi gejala LGBT ialah kempen ‘Jom Perangi LGBT’ atau ‘Hidup Sihat Tanpa LGBT...'

Penutup:

Kesimpulannya, semua pihak harus bersatu padu bagi membendung
 gejala LGBT ini...l Sikap masyarakat yang memandang ringan isu ini 
haruslah dikikis agar anggota masyarakat bebas daripada gejala LGBT....



Kredit:Forget 

One Mysterious Generation Official 489 
Pondok Usang Teratak Buruk 
35000 Tapah The Blues 

#AlifLamMim #OMG489 #LegasiTG13 
#CintaHatiBeta #MaalHijrah #InsanFaqir 
#TitianPerjalanan #KulluNafsinZaikatulMaut 
#SelamatkanAnakMudaIslamDariBudayaLGBT

No comments:

Post a Comment