Friday, September 7, 2018

Tentang Cinta

C.I.N.T.A....
Hanya ku mampu sebut ejaan mu,
Tanpa menterjemahkan mu melalui tulisan dan lisan,
Andai aku bisa melakukannya sekali pun,
Nescaya orang akan bilang bahawasanya aku ini gila,
Kerna cinta ku dan cinta mereka berbeza maksud juga tujuan,
Berbeza cara serta berbeza segalanya....

Bagi ku cinta itu segalanya,
Seperti kata Jalaluddin Rumi:-
Kerana cinta duri menjadi mawar,
Kerana cinta cuka menjelma anggur segar,
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar,
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan,
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar,
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman,
Kerana cinta api yang berkobar-kobar
jadi cahaya yang menyenangkan,
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari,
Kerana cinta batu yang keras
menjadi lembut bagaikan mentega,
Kerana cinta duka menjadi riang gembira,
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat,
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus,
Kerana cinta sakit jadi sihat,
Kerana cinta amarah berubah
menjadi keramah-ramahan....

Dan saat ku mengatakan cinta adalah segalanya,
Hadir mu menafikannya,
Sambil berkata Dia lah segalanya,
Lalu aku menyapa,
Tahukah kamu siapa cinta ku?
Kamu berkata tidak, dan bertanya siapa?
Lalu ku menjawab, Dia....
                                                          -Rumi
-Kulli-Kulli Sahaja M.S.R

#AlifLamMim #LegasiTG13 #CintaHatiBeta
#TitianPerjalanan #KulluNafsinZaikatulMaut

#OMG489
#LegasiTG13
#HitamPutihWarnaKehidupanKu

No comments:

Post a Comment