da suatu petang yang indah.... Seorang pemuda tampan bersua wajah dengan seorang tua, yang sedang duduk tenang dibawah redupan pepohon jambu batu....
"Wahai orang tua, Aku melihat kau mengajar Silat, Apakah dengan Silat itu kau boleh menangkis sebutir peluru?" Kata pemuda itu dengan nada yang sinis.... Orang tua itu tersenyum lalu berkata :
"Adakah kau mempunyai peluru?" Soal orang tua itu kembali.... Pemuda itu terdiam kerana dia tidak mempunyai senjata api, sedangkan dia bercakap tentangnya....
Angin senja terus bertiup menyanyikan melodi malam yang hampir menjelma....
"Apakah gunanya kita bersilat? Sedangkan kita akan mati jua akhirnya?" Soal pemuda itu kembali....
"Berpantang maut sebelum ajal".... Jawab orang tua itu ringkas, tegas, padat dan penuh mistik....
"Namun itu tidak dapat menjelaskan mengapa kau harus mengajar kaum hawa bersilat.... Perempuan itu sifatnya lemah dari segi fizikal dan perwatakkannya lembut.... Sedangkan silat itu adalah kerja Pendekar!".... Ujar pemuda itu penuh yakin....
"Kau telah menjawab soalanmu sendiri, wahai pemuda..". Sahut orang tua itu dengan suara tenang....
"Kepada orang lemah kita mengajar Silat kerana mereka lebih memerlukannya untuk mempertahankan diri, jika dibandingkan dengan orang yang kuat.... Bukankah yang selalu menjadi mangsa kejahatan adalah orang yang lemah? Sebenarnya, kejahatan itu suka kepada yang lemah dan takut kepada orang yang berani dan kuat.". Ujar orang tua itu lagi....
Kata-kata orang tua itu jatuh ke dalam kesedaran pemuda tersebut.... Perlahan-lahan hatinya mula terbuka bagai bunga yang mekar pagi dan bagai gurun selepas hujan.... Namun kesangsian masih melukis benang curiga di dalam cermin hatinya, lalu meledak bicara hangat....
"Aku tidak perlu belajar Silat kerana aku tidak suka kepada pergaduhan.... Aku seorang yang baik...." Kata pemuda itu kemudiannya....
"Tidak semua orang di dunia ini baik sepertimu...." Sahut orang tua itu sambil melemparkan senyuman....
*Musibah tidak mengenal kebaikan mahupun kejahatan....
#OMG489 #LegasiTG13 #OneSmith #CintaHatiBeta #SekaliUntukKalian #SeratusKaliUntukAku
No comments:
Post a Comment