Kita tidak pernah tahu apa sebenarnya yang terkandung didalam fikiran dan hati orang sekeliling tentang diri kita, walaupun fikiran dan hati ibu bapa kita sekalipun....
Tetapi apa hasilnya jika kita terus-menerus memikirkan kesemua itu, pastinya tiada, yang ada cuma sakit hati atau senang hati....
Maka marilah kita utamakan pandangan dan kemahuan Allah ke atas kita, bukannya pandangan dan kemahuan manusia ke atas kita....
Hidup ini ujian buat orang berakal dan kebebasan buat orang dungu....
Mati.... Boleh beri tahu saya tarikh, hari, dan jam berapa? Boleh beri tahu saya di mana, dalam keadaan bagaimana?
Pasti jawapan yang diterima hanya Allah Maha Mengetahui, maka oleh sebab itulah kita WAJIB bersiap sedia dengan kemahuan Allah ke atas kita, kerana kematian itu akan menyapa kita bila-bila masa sahaja....
Syurga Neraka Dosa Pahala adalah janji dari Allah ke atas kita, maka bab itu kita serahkan kepadaNya kembali, tidak perlu difikirkan sangat, bab yang paling penting untuk kita beri perhatian adalah bab Amanah dan Tanggungjawab yang telah Allah beri pada diri kita masing-masing, bab ini lah akan dipertanggungjawabkan berhadapan dengan-Nya....
Apa itu Amanah dan apa pula Tanggungjawab tidak perlu saya perjelaskan kerana saya percaya setiap dari kita berakal, dan orang yang berakal mengetahui apa yang Allah mahu dari kita dan untuk tujuan apa kita diciptakan....
Menaip mudah tapi untuk melaksanakan sangat sukar, pesanan serba pening ini saya tujukan khas buat diri saya, keluarga, orang-orang tersayang dan seluruh umat....
Maaf dan berjuta maaf jika kata-kata saya menusuk mana-mana jantung, melukai mana-mana jasad dan mengguris mana-mana jiwa, saya berharap sudilah kiranya memaafkan saya....
-(M.S.R)
#OMG489
#LegasiTG13
#KaramAkuDiLautanDuka
No comments:
Post a Comment