Telah berkata Imam Jaafar As Sodiq رحمه الله تعالى, "Bersahabat aku dengan 400 orang sufi dan aku tanya akan mereka itu 4 masalah....
Maka tiada seorang pun menjawab akan daku.... Maka dukacitalah aku kerana yg demikian itu....
Maka aku lihat akan Nabi صلى الله عليه وسلم pada mimpiku, maka bertanya ia صلى الله عليه وسلم akan hal aku.... Maka aku khabarkan akan dia dengan demikian itu....
Maka sabdanya, "Tanyakan olehmu akan daku akan masalahmu itu...."
Maka berkata aku baginya, "Apa hakikat tauhid?
Apa had akal (iaini takrif akal)?
Apa had tasawwuf? Dan apa hakikat fakir?"
Maka sabdanya, "Adapun hakikat tauhid itu maka iaitu barang yg terlintas dengan hatimu, maka iaitu binasa (iaini baharu) yg fana' ia.... Bermula Allah سبحانه وتعالى bersalahan bagi yg demikian itu....
Kerana tiada dapat menyamai segala yg baharu itu akan Dia....
Dan adapun had akal itu, maka sekurang-kurangnya meninggalkan dunia....
Dan yg diatasnya, meninggalkan berfikir pada Zat Allah Azza Wajalla kerana sabda Baginda صلى الله عليه وسلم, "Fikir olehmu pada nikmat Allah Taala dan jangan kamu fikir pada Zat Allah Taala...."
Dan adapun had tasawwuf itu maka iaitu meninggalkan dakwa, ertinya jangan dibangsakan sesuatu kepada makhluk....
Dan menyembunyikan segala ma'ani (yakni segala rahsia)....
Dan adapun hakikat fakir itu maka iaitu:
(١) bahawa tiada engkau memilik akan sesuatu,
(٢) dan tiada memilik akan dikau oleh sesuatu.
Dan redha engkau pada kedua hal itu....
Dan erti :
(١) tiada engkau memilik akan sesuatu itu iaitu tiada engkau pandang akan barang yg ada pada engkau itu milik engkau....
Hanya engkau pandang, pertaruhan Allah Taala jua....
Harus bagi Allah Taala mengambil pada waktu yg dikehendakNya....
(٢) dan makna tiada memilik akan dikau oleh sesuatu itu iaitu tiada cenderung hati engkau kepada sesuatu samada dunia atau akhirat.... Hanya iftiqar (yakni berhajat) engkau semata-mata kepada Allah Taala jua...."
One Mysterious Generation Official 489
Pondok Usang Teratak Buruk
35000 Tapah The Blues
#AlifLamMim #OMG489 #LegasiTG13
#CintaHatiBeta #MaalHijrah #InsanFaqir
#TitianPerjalanan #KulluNafsinZaikatulMaut
No comments:
Post a Comment