Marilah sama-sama kita merenungkan, adakah kita telah memperbaiki setiap kesilapan kita, jika belum maka mari perbaiki sama-sama, jika sudah, Alhamdulillah, semoga istiqamah dan jika masih bertatih, maka teruskan usaha, dakilah dari satu anak tangga ke tangga seterusnya, jangan pernah berpatah balik dan berputus asa, Allah SWT sentiasa bersama dengan hamba-hamba-Nya yang menuju kepada-Nya dengan ikhlas dan demi menggapai keredhaan-Nya....
Bab aurat nampak seperti perkara biasa pada segelintir masyarakat Melayu di negara kita, tetapi bab aurat ini telah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadith, tetapi tetap dianggap seperti tidak penting, perbetulkanlah mana yang tak betul, agar hidup kita dirahmati Allah SWT, agar jiwa disinari Nur Ilahi....
Perempuan mempunyai aurat, maka lelaki jua punya aurat, kita kaum lelaki jangan hanya tahu menegur perempuan sahaja bab aurat, tetapi tengok jua diri kita sendiri, adakah kita telah mematuhi dengan sebaiknya, atau sekadar nampak kuman di seberang, tetapi gajah di depan mata buat tidak nampak....
-M.S.R
#AlifLamMim #LegasiTG13 #CintaHatiBeta
#TitianPerjalanan #KulluNafsinZaikatulMaut
No comments:
Post a Comment