Thursday, September 6, 2018

Pembelajaran Dahulu & Sekarang

Mungkin ujian di sekolah masa kita bersekolah dulu tak sesusah jika dibandingkan ujian masa anak-anak sekarang, maka saya mohon jangan kita banding-bandingkan, sedangkan jelas Saidina Ali k.w pun pernah berkata: “Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, karena mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu.... Sesungguhnya mereka diciptakan untuk zamannya, sedangkan kalian diciptakan untuk zaman kalian....”

Maka apabila anak-anak mengadu tentang kesukaran mereka menjawab ujian atau homework, jangan kita marah atau bentak mereka, tetapi cari jalan untuk membantu mereka agar lebih faham, jika kita tidak mampu, maka tenangkan mereka, beri semangat, bukannya kondemkan mereka, atau banding-bandingkan mereka dengan pelajar atau orang yang lebih bijak....

Antara punca paling besar budak-budak menjadi rosak fikiran dan sikapnya adalah kerana sering tidak dilayan dengan baik oleh orang tua, sering ditegur dengan marah dan caci maki, mereka punyai jiwa yang sangat sensitif, dan layanan kita yang terlalu manja boleh membuat mereka memijak kepala kita kelak, dan layanan kita yang terlalu keras boleh membuat mereka menyimpan dendam kesumat kelak, maka didik lah mereka dengan bersederhana, iaitu di antara kelembutan dan kekerasan, tengah-tengah....

Berbalik pada isu pendidikan anak-anak, carilah formula untuk membantu mereka, kerana sistem pelajaran sekarang tidak semudah sistem masa kita bersekolah dahulu, kita telah banyak mendengar tentang isu tekanan mental pelajar hari ini, sehingga ada yang sanggup bunuh diri akibat tidak dapat menjawab soalan atau menyiapkan kerja yang diberikan guru, yang memberontak, sedangkan kebanyakan dari mereka adalah pelajar pintar tapi kenapa mereka yang pintar pun mengalami tekanan sampai tahap sebegini, perkara ini lah yang seharusnya pihak Menteri Pendidikan memikirkan dan mencari jalan penyelesaian, dan kita sebagai ibu bapa seharusnya sentiasa pantau anak-anak agar kita tahu apa yang sedang mereka alami, saya tidak meminta kalian memberi muka pada anak-anak tetapi saya meminta kalian mengambil berat, mereka hadir hanya sekali dalam kehidupan kita, bukan dua kali mahupun tiga kali, hanya sekali Allah memberi Pinjam mereka kepada kita, tercoraknya anak-anak kita hari ini adalah mengikut acuan kita sendiri, bagaimana mereka di masa mendatang dapat dilihat dari cara kita mendidik mereka hari ini....

Setakat ini sahaja yang saya dapat cuba fahamkan kepada masyarakat di luar sana, tujuan saya bukan mahu kondem mana-mana pihak, mahupun merendahkan cara didikan dan layanan ibu bapa hari ini pada anak-anak, tujuan saya hanya untuk melihat anak bangsa serta seluruh anak-anak di luar sana membesar dengan cara didikan yang benar dari ibu bapa, dan agar pihak berwajib mencari jalan mahupun formula bagaimana mahu menstabilkan sistem pendidikan agar permasalahan tekanan jiwa mahupun lain-lain hal dapat dikurangkan, malah diturunkan kepada sifar....

Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada mana-mana pihak andai tulisan saya ada menyakiti ataupun mengguris jiwa kalian, mungkin ini pandangan saya, dan saya tetap menghormati pandangan dari pihak lain, sekian sahaja, semoga Allah memberkati setiap usaha hamba-hamba-Nya yang mencari redha serta keampunan-Nya, semoga kita semua dalam rahmat Allah SWT dari dunia hingga akhirat, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.... -M.S.R

One Mysterious Generation Official 489
Pondok Usang Teratak Buruk
Pondok Highway, 35000 Tapah The Blues

#OMG489 #LegasiTG13
#OneSmith #CintaHatiBeta
#SekaliUntukKalian #SeratusKaliUntukAku

#OneSmith
#CintaHatiBeta

No comments:

Post a Comment