Saturday, September 22, 2018

MENCARI SANG MURSYID



Bermula guru-guru yang Mursyid itu bukannya boleh dilihat daripada segi zahir sahaja tentang kedudukannya.... Atau berapa jumlah sijil ilmu syariatnya.... Atau berapa panjang ekor serbannya.... Atau betapa warak wataknya. Atau berapa banyak jumlah kitab yang dihafalnya.... Atau berapa jernih air mukanya.... Atau betapa panjang janggutnya. Atau berapa hitam tanda lebam di dahinya.... Atau betapa bersopan santun orangnya, dan juga sebagainya....

Tetapi ianya hendaklah dipandang dari segi perawakan ilmunya.... Ini disebabkan banyak daripada golongan mereka yang Mursyid suka sekali menyelubungi ilmu mereka.... Merahsiakan Ilmu mereka.... Kadang-kadang orang ramai tidak mengetahui bahawa ia merupakan seorang Mursyid yang mempunyai martabat yang tertinggi di sisi tuhan.... Boleh jadi dia bekerja sebagai tukang sapu di pejabat anda atau pun rakan karib yang sedang duduk berbual bersama anda....

Seperti kata Pujangga:

"Janganlah sekali-kali kamu menilik pakaian seseorang itu menandakan bahawa ianya terdiri daripada golongan orang-orang yang bijak pandai.... Atau pun alim lebai, atau pun berketurunan yang baik-baik.... Kerana walaupun memakai pakaian kain sutera dan intan berlian sekalipun.... Yang kera itu, tetaplah kera juga....”

Oleh itu bagi mereka yang hendak mencari ilmu Hakikat dan Makrifat, mereka hendaklah mencari dan menuntutnya dengan guru-guru yang Mursyid lagi Kamil Mukamil....

Walaupun mereka terdiri daripada seorang yang fakir miskin dan hina dina, atau seorang yang berperawakan gila.... Seseorang yang berperawakan jahil, sama ada daripada golongan rakyat mahu pun raja.... Sama ada tempatnya di masjid mahu pun di tepi jalan, atau di bandar mahu pun di hutan.... Pendek kata, belajarlah ilmu ini di mana-mana sahaja, asalkan ia daripada guru yang Mursyid....

Kelakuan dan perangai zahir seseorang itu tidaklah boleh dijadikan kayu pengukur untuk dijadikan formula terhadap sifat mutlak kemursyidan seseorang itu.... Tidak semestinya seseorang yang jahil itu tidak alim.... Dan tidak semestinya seseorang yang jahat itu jahat.... tidak semesti.... semesti.... semesti ....

Kerana ilmu hakikat dan makrifat ini adalah suatu ilmu yang pelik lagi sukar untuk diterima oleh akal dan juga daya fikiran seseorang manusia.... Dan lagi, banyak kelakuan yang ditunjukkan olah mereka yang menguasai ilmu hakikat dan makrifat ini, adalah terkeluar jauh dari tahap logik akal manusia dan normal-normal masyarakat dan juga agama....

Sebagai iktibar yang paling dekat, iaitu bagaimana proses perjalanan Nabi Musa di dalam mencari dan menuntut ilmu hakikat dan makrifat dengan Nabi Khidir, sehingga pada akhirnya Nabi Musa meninggalkan Nabi Khidir kerana percanggahan jalan dan faham.... 

"Ambil ILMUnya, Bukan PERANGAInya.... 



One Mysterious Generation Official 489
Pondok Usang Teratak Buruk
35000 Tapah The Blues

#AlifLamMim #OMG489 #LegasiTG13
#CintaHatiBeta #MaalHijrah #InsanFaqir
#TitianPerjalanan #KulluNafsinZaikatulMaut

No comments:

Post a Comment