لااله الا الله
Terdiri daripada dua kalimah iaitu kalimah (لااله) yang disebut sebagai kalimah nafi
Dan kalimah (الا الله) yang disebut dengan kalimah isbat....
Kita berbicara pecahan yang paling mudah, tak perlu kita masuk kedalam pecahan yang susah-susah, cukup kita ambil tahu supaya senang kita hendak beramal dengannya....
Yang kita tahu ini jika tidak dilakukan tidak membawa erti apa-apa malah kita amat dimurkai oleh Allah kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan....
Tidak boleh membezakan diantara keduanya iaitu nafi dan isbat, barang siapa membezakannya maka ianya kafir....
Maksudnya kita tidak boleh menafikan segala apa yang telah dipertuhankan oleh orang kafir dan mengisbatkan Allah....
Apa yang dipertuhankan itu bukan tuhan, tetapi yang dianggap tuhan oleh orang kafir, tidak perlu dinafikan lagi sebab yang dipertuhankan itu sebenarnya bukan tuhan....
Maksud kepada membezakan diantara nafi dan isbat ialah menafikan yang lain (contoh yang dipertuhankan oleh orang kafir) mengisbat yang lain pula iaitu Allah....
Ini maksudnya orang yang membezakan diantara nafi dan isbat....
Bagaimana pula cara yang tidak membezakan diantara nafi dan Isbat....
Apa yang hendak dinafikan dan apa yang hendak diisbatkan mestilah perkara yang sama bukan yang berbeza....
Yang hendak dinafikan dan diisbatkan didalam kalimah tauhid ialah sifat-sifat ketuhanan....
Menafikan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada diri kita daripada diri kita dan yang ada pada makhlok lain daripada makhlok lain....
Mengisbatkan sifat ketuhanan yang ada pada diri kita dan yang ada pada makhlok lain kepada Allah....
Dengan ini akan berlakulah seperti apa yang telah difirmankan oleh Allah:
34.Surah Saba' (Verse 27)
قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُم بِهِ شُرَكَاءَۖ كَلَّاۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya....
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana...."
Jika kita baca firman Allah seperti diatas, akan lahir ilmu atau pengetahuan bahawa segala sifat ketuhanan yang terlahir pada badan diri kita adalah merupakan sifat Allah. Pengetahuan yang diketahui ini belum lagi menunjukkan yang kita telah berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid kerana,
Jika kita berkata berdasarkan kepada ilmu yang diketahui "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH"
Apa yang diperkatakan tersebut benar jika dinilai dari sudut ilmu, dari segai perlakuan seharian yang sedang dilakukan belum lagi mencapai kepada kebenaran kerana didalam masa kita memperkatakan "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH" apa yang sedang berlaku didalam rasa perasaan yang disedari, kita masih lagi sedang merasakan keberadaan diri kita sendiri....
Kita memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan....
Apa yang diperkatakan - "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH"
Dan apa yang sedang dilakukan "SEDANG MERASAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI"
Dengan memperkatakan ilmu yang kita ketahui "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH" tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid, "TIDAK AKAN MENGHILANGKAN RASA KEBERADAAN DIRI SENDIRI"
Ilmu yang diketahui tentang tauhid " contoh SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH" bukan lagi merupakan pegangan atau iktiqad tauhid....
Jika kita sedang merasakan ilmu yang diketahui tentang tauhid (ilmu hakikat dan makrifat), sebagai pegangan atau iktiqad tauhid (makrifatullah) kita sebenarnya kita sedang bersangka-sangka berdasarlan kepada ilmu pengetahuan yang diketahui hasil daripada kuta membaca ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan tentang tauhid....
Secara tidak disedari kita sedang bersangka-sangka berdasarkan kepada firman Allah yang telah kita baca....
Keadaan ini sedang berlaku didalam keadaan yang tidak disedari (tersembunyi lagi tersembunyi), dan kebanyakan orang yang sedang duduk disini sudah merasakan mereka telah pun mencapai kepada makrifatullah atau sudah berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid tetapi sebenarnya mereka sedang tertipu dengan sangkaan mereka sendiri iaitu sedang berprasangka kepada ilmu yang mereka ketahui tentang tauhid, ilmu yang diketahui inilah yang sedang disangka sebagai pegangan atau iktiqad tauhid (makrifatullah) mereka,
Sebenarnya mereka belum lagi sampai kepada pegangan atau iktiqad tauhid....
Apa yang Allah telah firmankan tentang untuk menetapkan iktiqad tauhid....
17. Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar....
Ini adalah huraian dari sudut ilmunya, kita baru tahu maksud nafi dan isbat belum lagi melakukan nafi dan isbat tersebut....
Kita tahu tetapi belum lagi melakukan jalan dan cara untuk menetapkan nafi dan isbat tersebut membawa makna kita belum lagi berpegang dengan kalimah tauhid yang telah diperkatakan.
Inilah keadaan yang telah diberikan amaran keras oleh Allah seperti didalam firmanNya
61. Surah Aş-Şaf (Verse 2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61. Surah Aş-Şaf (Verse 3)
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya....
Orang-orang yang bersikap memperkatakan tentang ilmunya sahaja tetapi tidak melakukan sepertimana yang telah diperkatakan ini adalah termasuk orang yang sedang bersangka-sangka dengan kebenaran ilmu yang telah diketahui dan diperkatakan....
Apa yang diperkatakan itu adalah benar berdasarkan kepada nilaian dari sudut ilmu pengetahuan tetapi dari sudut amalan belum dilakukan lagi....
Inilah yang dikatakan sedang bersangka-sangka dan timbul anggapan bahawa ilmu yang telah diketahui itu yang dijadikan sebagai pegangan tanpa melakukan jalan dan cara untuk mengamalkan ilmu yang telah dketahui tersebut....
Yang diketahui itu sudah betul, persoalannya sudahkah mengamalkan sepertimana yang telah diketahui itu (melakukan apa yang telah diperkatakan)
Jika kita memperkatakan tentang ilmu yang telah diketahui ini tanpa mengamalkan sepertimana yang telah diperkatakan berdasarkan kepada kebenaran ilmu yang telah dketahui tersebut, inilah sikap yang telah dijelaskan oleh Allah didalam firmanNya....
10. Surah Yūnus (Verse 36)
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan....
10. Surah Yūnus (Verse 66)
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta....
53. Surah An-Najm (Verse 28)
وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)....
Jadi untuk kita semua tidak duduk didalam keadaan bersangka-sangka kita mesti melakukan sepertimana yang telah diperkatakan berdasarkan kepada kebenaran ilmu tersebut....
Kita tidak boleh melakukan dengan cara sesuka hati dan mengikut kefahaman kita secara sendiri-sendiri tetapi mesti,
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI Allah....
76. Surah Al-'Insān (Verse 29)
إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)....
76. Surah Al-'Insān (Verse 30)
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)....
CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH YANG TERDAPAT DIDALAM FIRMANNYA
2. Surah Al-Baqarah (Verse 198)
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْۚ فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِۖ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam �(di Muzdalifah),
dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya....
JIKA KITA TIDAK MENGETAHUI, KEPADA SIAPAKAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH UNTUK KITA BERTANYA
21. Surah Al-'Anbyā' (Verse 7)
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui....
Untuk melakukan Amalannya ada jalan dan cara tersendiri yang telah Allah memberikan penjelasannya didalam Al-Quran....
CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADANYA....
5. Surah Al-Mā'idah (Verse 35)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan....
72. Surah Al-Jinn (Verse 11)
وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَۖ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan....
78. Surah An-Naba' (Verse 39)
ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ مَآبًا
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya!
17. Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar....
FANAFILLAH DAN BAQO'BILLAH ATAU NAFI DAN ISBAT
Fana'fillah - binasa selain daripada Allah - hasil dari menafikan segala sifat ketuhanan kepada selain daripada Allah....
Baqobillah - kekal Allah semata-mata - hasil mengisbatkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada Allah....
Huraian diatas berdasarkan kepada ilmu. Menampakkan fana'fillah dan boqo'billah adalah dua hal yang berasingan diantara satu sama lain....
Manakala hasil daripada praktikal kedua-dua hal iaitu fanafillah dan baqobillah terhasil melalui satu perlakuan sahaja iaitu dengan mengadakan penyaksian dan pengakuan yang segala sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah sendiri.. melalui melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid....
Firman Allah berkaitan iktiqad tauhid
17. Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar....
Salah satu jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid ialah dengan melaksanakan perintah Allah yang tersirat didalam firmanNya
2. Surah Al-Baqarah (Verse 54)
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU"....
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani...."
Perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" membawa maksud lakukan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, Apabila melakukan perintah tersebut akan menghasilkan rasa hilang rasa keberadaan atau keakuan diri kuta sendiri....
Untuk melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" kita boleh melaksanakan apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah....
73. Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan....
Yang cara untuk melaksanakannya pula dengan mengikut sepertimana yang telah disandakan oleh Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut....
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Dengan berlakunya penyaksian dan pengakuan segala sifat yang wajib bagi Allah yang sedang dirasai oleh rasa perasaan itu adalah sifat Allah secara automatik berlaku penafian bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah dan sedang menyaksi dan mengaku iaitu merasai dengan rasa perasaan bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah sendiri bermakna kita sedang mengisbatkan sifat yang wajib bagi Allah kepada Allah sendiri....
PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN ATAU SEDANG MERASAI SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH MEMBAWA MAKNA SEDANG MENAFIKAN SEGALA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI DAN SELAIN DARI ALLAH DAN DIDALAM MASA YANG SAMA SEDANG MENGISBATKAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH KEPADA ALLAH....
INI ADALAH HURAIAN HASIL DARIPADA PRAKTIKAL....
Wallahualam....
One Mysterious Generation Official 489
Pondok Usang Teratak Buruk
35000 Tapah The Blues
#AlifLamMim #OMG489 #LegasiTG13
#CintaHatiBeta #MaalHijrah #InsanFaqir
#TitianPerjalanan #KulluNafsinZaikatulMaut
No comments:
Post a Comment