Kisah seorang anak yang nakal:
Kairul seorang budak yang serba nakal, satu-persatu masalah (hal) yang akan dilakukan nya, dari lastik ayam orang, curi kambing orang, pukul anak orang, dan macam-macam lagi, tiap hari ada sahaja orang datang jumpa ayahnya, mengadu kenakalan si Kairul, dan meminta ganti rugi atas segala barang mereka yang Kairul curi, ayahnya membayar dengan tenang, dan meminta maaf atas kenakalan anak tunggalnya yang masih bersekolah rendah itu... Pada suatu hari Kairul memukul seorang budak yang lebih kurang sebayanya, teruk juga budak itu dibelasah, dan ayah pada budak itu pergi ke rumah ayah Kairul dan memarahi ayah Kairul, ayah dan ibu Kairul dihina oleh ayah budak tersebut dengan bermacam-macam penghinaan, tetapi ayah Kairul hanya mohon maaf tanpa marah dengan kata-kata ayah budak tersebut kerana tahu anaknya bersalah, dan pada petang itu Kairul di rotan teruk oleh ayahnya, dan di malam hari pula ayahnya memberitahu pada Kairul bahawa selepas ini ayahnya tidak akan merotan lagi dirinya, sebab kata ayahnya makin di rotan makin menjadi nakalnya, maka si ayah pun berkata, mulai saat ini tiap kali Kairul melakukan kesalahan, maka ayahnya akan pacak paku di tiang bengkel besi milik ayahnya, satu kesalahan satu paku, dan si ayah berkata, selepas ini jika Kairul mahu tahu banyak mana kesalahan nya maka kira lah jumlah paku yang tercacak di tiang bengkel tersebut... Ketika usia Kairul meningkat 12 tahun, ibu nya dijemput pulang ke azali, dan kematian ibunya memberi kesan yang mendalam pada diri Kairul kerana ibunya seorang yang tidak pandai marah dan pukul, hanya akan memberi nasihat, setelah ketiadaan ibunya kehidupan Kairul semakin menjadi-jadi, makin meningkat dewasa, makin tambah nakalnya, sehinggalah Kairul meningkat usia 20an, tiap kali Kairul ambik hak orang, atau kerosakan harta benda orang, ayahnya yang akan menjadi mangsa tempat orang melepaskan marah, tetapi si ayah tetap mengakui kesalahan anaknya, memohon maaf dan membayar ganti rugi, untuk membesarkan Kairul, ayahnya terpaksa jual sawah, jual tanah dan sebagainya, semua itu terpaksa dilakukan ayahnya untuk membayar ganti rugi milik mangsa...
Berbelas tahun ayahnya menanggung tiap kesalahan anaknya tetapi si Kairul tidak sedikit pun berasa kasihan terhadap ayahnya, tetapi pada suatu hari berlaku sebuah tragedi yang menjadi penyebab titik permulaan perubahan Kairul menjadi seorang manusia yang baik dan berguna, disebabkan tragedi tersebut, Kairul terlantar beberapa hari di atas katil kerana koma, ayahnya tidak berputus asa mendoakan keselamatan Kairul, mendoakan agar Kairul bertaubat, berdoa agar Kairul kembali ke pangkal jalan dan menjadi anak yang soleh, malah ayahnya berdoa kepada Allah, biarlah nyawanya diganti sebagai taruhan perubahan Kairul menjadi seorang yang berguna... Apabila Kairul sedar dari koma, ia memohon ampun kepada ayahnya, dan ia benar-benar ingin berubah, selama hari ini Kairul tidak pernah pun menolong pekerjaan ayahnya sebagai tukang besi atau tukang buat senjata, tetapi selepas baik dari koma, ia mula turun ke bengkel dan buat pertama kali Kairul memerhatikan paku-paku yang dicacak di tiang tersebut, terlalu banyak, semakin Kairul memerhati, semakin sebak dadanya, dan apabila perbuatan Kairul itu disedari ayahnya, maka si ayah pun berkata: "Ayah yakin kau dah berubah, dan sekarang bila kau lakukan satu kebaikan maka ayah akan cabut satu paku, sampailah paku-paku itu habis nanti... Ketika ayahnya melihat Kairul solat setelah sekian lama tidak solat maka ayahnya cabut satu paku, bila ayahnya melihat Kairul ke surau, maka dicabut satu paku lagi, bila ayahnya melihat Kairul mengaji Quran maka dicabut lagi satu paku, sehinggalah hari ke hari hanya tinggal satu paku, itu lah paku pertama yang Ayah nya pacak semasa ia berusia 12 tahun kerana memukul anak orang, dan paku itu lah sengaja ditinggalkan ayahnya kerana ingin Kairul cabutnya sendiri setelah Kairul merasa dirinya telah benar-benar bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-dosa lalu... Di suatu malam setelah penat bekerja ayahnya duduk berehat di atas kerusi sekitar bengkel, dan Kairul pun datang, semasa itu hujan turun, guruh berdetuman, malam itu sungguh dingin, Kairul terus pergi ke tiang dan memandang paku yang hanya tinggal sebatang itu, apabila ayahnya melihat Kairul maka di tegur anaknya itu: "Paku yang tinggal satu tu, sebaik nya Kairul sendiri lah cabut, semua atas kehendak Kairul, Kairul cabut satu per satu, maknanya Kairul cabut habis dah kesalahan dan kesilapan Kairul, tapi Kairul kena janji, janji biar sampai dah tiada lagi paku kat tiang itu selepas ini! Janji ya? Tanggungjawab ayah sudah selesai hari ini. Ayah bangga dengan kamu Kairul!!!" Dan Kairul pun mencapai tukul dan mula mencabut paku yang terakhir tersebut, dan apabila paku itu tercabut, Kairul memandang kesan-kesan paku yang pernah tercacak di tiang tersebut dan berkata pada ayahnya: "Paku memang dah tiada semua ayah, tapi tanda (kesan/parut) ini, tanda ini kekal sampai bila-bila ayah! Patut ke Kairul rasa bangga? dan soalan itu diulang, patut ke Kairul rasa bangga ayah?..." Ayahnya sudah kaku di atas kerusi, dan ditanggan ayahnya ada bekas yang berisi paku-paku yang dicabut oleh nya sebelum ini, dan Kairul pun berasa hairan kerana ayahnya tidak menyahut soalannya, lalu memegang tubuh ayahnya, ayahnya masih senyap dan terkaku, menggoncang tubuh ayah nya tapi bekas paku jatuh dari pegangan tangan ayahnya, dan Kairul menjerit dan menangis memanggil ayahnya untuk bangun, rupanya ayahnya telah tiada lagi, ayahnya telah dijemput pulang ke tempat azali dan berakhirlah kisah ini, Kairul pun sudah boleh menjadi manusia berdikari dan anak yang soleh...
Kesimpulan kisah ini kalian tafsir lah sendiri, bagi saya yang serba jahil ini, kisah ini cukup memberi kesan pada jiwa saya, kita sebagai anak, jangan derhaka pada kedua ibu bapa kerana ibu bapa yang tahu tanggungjawab, ia akan bertanggungjawab atas segala apa kesalahan dan dosa yang kita lakukan sebelum akil baligh... Paku telah dicabut tapi kesan paku itu kekal hingga lah tiang itu mereput, begitu jua kita boleh buat apa sahaja yang kita kehendaki tetapi ingat kesan dari perbuatan kita itu akan sentiasa berada dalam kenangan hingga akhir hayat kita, bila kita teringat yang kita ini jahat dulu, maka akan bertambah lah semangat kita untuk beramal soleh bagi menebus dosa-dosa lalu... Dan yang paling penting, siapa pun kita, mak ayah lah akan menyambut kita saat seluruh manusia sejagat membuang kita, mak ayah tak boleh beli dan tak boleh diganti oleh sesiapa pun... ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ ...
Penulis: N.M.S. OFFICIAL @ One Mysterious
Kredit : Paku Di Tiang
#AlifLamMim #OMG489 #LegasiTG13
#CintaHatiBeta #MaalHijrah #InsanFaqir
#TitianPerjalanan #KulluNafsinZaikatulMaut
No comments:
Post a Comment