________________________________________
“Sembahyanglah kalian sebagaimana
kalian melihat aku bersembahyang....”
-(Hadis Nabi S.A.W.)
________________________________________
Di dalam menunaikan syariat solat ini, syariat Muhammad telah pun menetapkan bahawa hanya satu sahaja cara solat yang mutlak, iaitu sembahyang atau solat yang benar-benar mengikut sebagai mana cara-cara yang telah diterima oleh Rasulullah s.a.w. Dari Tuhannya yang harus menjadi panduan dan amalan oleh sekalian umatnya....
________________________________________
Justeru itu, jika diamalkan selain daripada cara-cara solat yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. dengan Tuhan itu, maka sembahyang yang diamalkan itu adalah kosong belaka, atau sekadar sembahyang pak turut semata-mata. Tengok orang takbir, kita pun takbir.... Tengok orang sujud, kita pun sujud.... Tengok orang baca tahiyat, kita pun baca tahiyat.... Akan tetapi, kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar sembahyang, dan tidak pernah menyoal diri kita sendiri, kenapa kita sembahyang, dan kenapa pula sembahyang dibuat sebegitu rupa sekali gayanya (ada rukuk, sujud, iktidal, tahiyat, dan sabagainya)....
________________________________________
Kebanyakan daripada kita hanya menunaikan sembahyang ikut-ikutan.... Lahir saja ke alam dunia ini, kita terus tengok ibu dan bapa kita sembahyang.... Lalu kita pun terus disuruh sembahyang.... Lantas kita pun sembahyang, dan terus sembahyang, sampai kita menjadi dewasa dan tua.... Kita tidak pernah bertanya dari mana ibu bapa kita mengambil cara sembahyang itu.... Kita tidak pula bertanya asal-usul sembahyang itu, kerana jika satu-satu cara sembahyang itu tidak sampai sanad persambungan nya dengan Rasulullah s.a.w. maka sembahyang itu adalah sembahyang pak turut dan sia-sia sahaja....
________________________________________
Jika sembahyang itu sekadar dibuat tanpa pengesahan dari guru yang mursyid yang mengamalkan tatacara sembahyang yang mempunyai persambungan mata rantai daripada Baginda Rasulullah s.a.w. maka jadilah sembahyang itu hanyalah sembahyang ikut-ikutan dari datuk moyangnya dahulu....
________________________________________
Dunia terus berpusing. Matahari tetap memancarkan cahayanya.... Si alim bertukar menjadi jahil.... Si jahil pula mendapat petunjuk daripada Tuhannya.... Makin hari, makin ramai cerdik pandai Islam lulusan dari universiti itu, dan lepasan dari pondok ini.... Tetapi lihatlah di mana sahaja kita pergi, kebanyakan manusia sembahyang dengan cara-cara mereka sendiri.... Masing-masing berbeza di antara satu sama lain, perbezaan di antara seorang alim dengan seorang alim yang lain, dan di antara seorang jahil dengan seorang jahil yang lain....
________________________________________
Cubalah lihat satu contoh perbezaan, cara takbir sembahyang di antara dua orang alim, yang belajar di satu pusat pengajian yang mempunyai kitab dan hukum yang sama, dan cuba pula kita perhatikan kedudukan kaki mereka di antara dua sujud, yang seorang begini dan seorang lagi begitu.... Lantas jika terdapat perbezaan di antara dua orang alim tersebut, maka di manakah pula kebenaran sabda Rasulullah s.a.w. yang mensyariatkan kita sembahyang sebagaimana Baginda sembahyang, sedangkan hanya terdapat satu cara sahaja, iaitu seperti yang Rasulullah s.a.w. menerima sembahyang daripada Tuhannya.... Oleh itu, jika terdapat perbezaan amalan di antara dua orang ulamak, maka bagaimana pula halnya dengan si jahil yang tidak pernah mendapat tunjuk ajar daripada seorang guru yang mursyid....
________________________________________
Wahai anak cucuku, sepanjang hidupku yang lebih sesuku abad ini, aku telah banyak menemui guru-guru syariat untuk bertanya tentang cara-cara sembahyang yang haq.... Aku bertanya kepada mereka akan cara-cara sembahyang, dan bertanya pula dari mana mereka mengambil cara-cara sembahyang itu, dan bagaimana pula petuanya untuk menghadirkan diri di dalam sembahyang dengan penuh khusyuk dan juga tawadhuk, serta kaedah bagi menghilangkan perasaan dan fikiran yang membuatku teringat kepada lembu di padang, atau kain basah hari nak hujan, di dalam masa sembahyang....
________________________________________
Malangnya, tiada daripada mereka yang dapat memberi petua kepadaku tentang cara-cara sembahyang Rasulullah, dan cara-cara untuk menghadirkan diri dengan khusyuk dan tawadhuk di dalam sembahyang.... Malahan, masing-masing dengan petua dan fikiran masing masing, yang berbeza di antara satu alim ulamak dengan alim ulamak yang lain.... Lantaran daripada itu, aku pun telah mulai sangsi dengan cara-cara sembahyang mereka, dan aku pun ijtihad bahawa mereka itu sekadar bersembahyang secara ikut-ikutan sahaja.... Mereka belajar di universiti yang terkenal dan di pondok yang terkemuka.... Akan tetapi, mereka hanyalah sekadar belajar kitab semata-mata.... Rugi sekali, mereka sendiri tidak pernah belajar dan diajar akan sembahyang Rasulullah s.a.w....
________________________________________
Daripada itu, aku berdoa ke hadrat Allah supaya diajarkan aku cara-cara sembahyang seperti yang pernah diajarkan kepada Rasulullah s.a.w....
Kredit: Tv Tarikat
One Mysterious Generation Official 489
Pondok Usang Teratak Buruk
35000 Tapah The Blues
#AlifLamMim #OMG489 #LegasiTG13
#CintaHatiBeta #MaalHijrah #InsanFaqir
#TitianPerjalanan #KulluNafsinZaikatulMaut
No comments:
Post a Comment